Jumaat, 24 Jun 2011

IMPIAN SEBUAH KEMBARA CINTA

Ti......
kita adalah pengembara
pada tiap persimpangan
kita akan terus berzikir, bertahmid kepada Allah
moga restuNya mudah pula kita
mengenal gelombang di hadapan masa

Percintaan adalah pelbagai dimensinya
cabaran pula pelbagai warnanya
dan aku hanya berharapkan kita
tidak lapar kepada coklat dunia
pada titik persamaan jadikan kehebatan kita
pada titik perbezaan jadikan kekuatan kita

impian kita akan sentiasa segar
mengatasi cengkaman stigma tradisi
minda yang pasrah
mampu mendepani pukulan massa
hulurkan tanganmu dan sambutlah tanganku
kan ku pimpin dirimu hingga ke hujung perjalanan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan